TEKHNIK RUQYAH MENGUBAH ANAK NAKAL MENJADI BAIK

Oleh:PROF. DR. HARON DIN.

Klinik Darussyifa, Bangi (MALAYSIA)

Susu ibu memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi dan perilaku yang mulia terhadap anak anak, terutama agar ia taat dan menghormati orang tua.
Susu ibu juga mendidik anak anak untuk sentiasa menjaga hati kedua ibu dan ayah. Membiarkan anak anak tanpa disusukan  dan diasuh oleh ibu sendiri serta menyerahkan tanggungjawab penjagaan sepenuhnya kepada pembantu akan menghalang penanaman nilai nilai budi yang luhur. Ini satu budaya yang kurang baik dalam proses kita membentuk dan membina keutuhan rumah tangga, terutama untuk membentuk arah hubungan yang mesra antara anak anak dengan ibu mereka.
Membiarkan anak anak dijaga sepenuhnya oleh pembantu akan membuatkan mereka terabai daripada menikmati arti kasih dan sayang dari ibu ayah mereka sendiri. Anak anak mungkin menjauhkan diri dari ibu dan ayah apabila mereka merasakan diri terabai dan kegersangan belaian.
Anak anak yang kurang kasih sayang akan mudah memberontak dan melahirkan rasa tidak puas hati dan kurang rasa hormat terhadap ibu dan ayahnya.
Kadang kadang ini menjadikan hubungan anak anak dengan ibu bapa umpama ‘ majikan dan pekerja” atau lebih buruk lagi umpama”hamba dan tuan”.
Pemberontakan akan lebih mudah berlaku dikalangan anak anak yang mendapat kemewahan dan harta tetapi ketandusan perhatian. Mereka mungkin bersikap biadap ke atas ibu dan ayah tanpa mengemukakan sebab yang jelas.
Anehnya, hubungan yang renggang antara ibu juga Ayah dan anak anak diterima sebagai perkara biasa dalam kehidupan sekarang walaupun mereka menyadari perkara tersebut amat berbahaya.

Anak anak yang mudah renggang hubungan dengan keluarga masing masing amat sukar untuk dibentuk akhlaknya, apat lagi apabila mereka sudah dewasa kerana pepatah ada menyebut ‘melentur buluh biar di waktu rebungnya”.

Apabila sudah berlarutan hingga dewasa, kemelut hubungan antara anak anak dan ibu bapa amat sukar untuk dipulihkan kecuali kedua dua pihak sanggup mencari jalan penyelesaiannya.

Islam memberi panduan untuk menghadapi realiti kekeluargaan ini dengan mengajurkan kepada usaha mendidik anak anak supaya menjadi baik semula.

Proses ini dirujuk pada sejarah dimana banyak pejuang pejuang Islam yang terkenal di zaman Rasulullah lahir dari kalangan keluarga orang kafir.

Mereka mula mulanya memiliki sikap yang bengis, kasar dan sanggup membunuh sesiapa saja tetapi akhirnya menjadi mulia setelah beriman kepada Allah.

Mereka menerima perwatakan dan sikap yang luhur dan meninggalkan segala sikap yang cela dan menjadi contoh yang unggul dalam perwatakan hingga  diteladani oleh umat Islam.

Oleh itu tidak mustahil kita boleh mendidk kembali anak anak supaya menjadi baik.Seperti kata pepatah ‘ belakang parang kalau diasah lagikan tajam” dan ibu juga ayah perlu berusaha dengan bertawakal kepada Allah.

Ibu dan ayah perlulah banyak berdoa kepada Allah dengan bertawajuh pada waktu dinihari sambil berdoa dengan memohon pertolongan dari-Nya supaya membantu mengubah perangai anak anak.


Amalkan membaca empat ayat akhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23, 24) sewaktu anak anak sedang tidur dan niatkan bacaan itu agar lembutlah hati mereka supaya taat kepada Allah dan ibu dan ayah.

Setelah selesai dibaca, tiupkan betul betul di ubun ubun kepala anak anak.

Sekiranya tidak berkesan maka boleh amalkan bacaan lima ayat pertama surah Thoha. Selepas itu tiupkan bertentangan dengan hidungnya sewaktu anak sedang menarik nafas ketika tidur.

Lima ayat surah Thoha ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dalam beberapa riwayat di mana seorang manusia yang keras hati, buruk tingkah laku dan pernah bersumpah untuk membunuh Rasulullah akhirnya berubah sikap.

Didorong oleh hasrat untuk memunuh Rasulullah, beliau pergi ke rumah adiknya dan akhirnya setelah mendengar suara orang membacakan ayat ayat tersebut, beliau mendobrak masuk kerumah itu lalu dirampas tulisan ayat itu dan dibacanya sendiri.

Tiba tiba hatinya menjadi lembut dan tanpa disangka sangka, akhirnya beliau berlari pergi bertemu Rasulullah lalu melafaskan dua kalimah syahadah d an beriman kepada Allah dan rasulnya.

Manusia tersebut ialah Umar bin al-Khattab.

Ayat ayat tersebut adalah sebahagian daripada ikhtiar dan jika diizinkan Allah akan terlaksana, namun sekiranya tidak berkesan, teruskan usaha.

Ikhtiar lain pula ialah dengan membawa anak anak nakal/degil berjumpa dengan orang orang yang salih agar didoakan kepada mereka dan ditiupkan ke kepala (otak), dada (hati), dan perut (citarasa) dengan doa doa mereka.

Amalan ini dilakukan sejak zaman Rasulullah di mana anak anak dibawa bertemu beliau untuk didoakan.

Disini bermula satu amalan dalam Islam yang disebutkan tahneek.(Rasulullah memamah buah tamar/kurma lalu disuapkan ke mulut bayi, didoakan kebaikan bayi lalu dicukur rambut, menyembelih kambing dan bersedekah kepada fakir miskin)

Sepatutnya ibu dan ayah mesti sanggup membawa orang yang benar benar salih walaupun jarak rumahnya jauh beratus batu kerana doanya memberi kebaikan kepada bayi.

Akikah juga amalan yang mulia dan ada kaitan dengan bayi hingga ulama menekankan kepada amalan tersebut agar dilaksanakan dengan sempurna.

Binatang untuk akikah mestilah dari jenis yang baik dan sehat seperti unta, lembu atau kambing.

Ikhtiar lain pula ialah dengan “menyerahkan” anak anak kepada orang yang salih agar diterima sebagai anak angkat, tanpa mengubah bin anak itu.

Kaedah ini tidak berbertentangan dengan syarak (syari’at) dan amalan dilakukan dengan membawa bersama sama susu, sedikit gula, garam, beras, buah buahan segar seperti pisang serta ketupat pulut bersama rendang daging (bisa juga bahan makanan lainnya)

Makanan ini dimakan bersama sama antara keluarga anak anak dengan ayah angkat yang salih tadi sebagai tanda kesyukuran.

Sekiranya anak yang dibawa itu sudah besar maka bolehlah ia makan bersama sambil berkenalan dengan harapan perakuan anak angkat dengan ayah angkat itu akan menempiaskan berkat daripada bapa angkat yang salih itu.

Kemudian ayah angkat yang salih itu akan meminta ibu bapa supaya menjaga anak angkatnya dengan baik serta mendidiknya dengan ilmu agama yang sempurna.

TAMBAHAN ADMIN

Anak yang nakal atau keras hati atau tidak mendengar perkataan dan nasihat kedua orang tuanya pastilah akan menyusahkan hati. Walaupun begitu berdasarkan pengalaman masalah anak menjadi nakal dan sebagainya kemungkinan disebabkan prosedur pendidikan yang diterima, pengaruh kawan dan sekitarnya (lingkungan), masa transisi  masa remaja ke dewasa, kurang ilmu dan didikan agama, tidak melakukan amalan wajib seorang muslim, mengikut hawa nafsu  dan ada juga disebabkan oleh gangguan jin dan syaitan.

BAHAN RUQYAH

1. Air Mineral

2. Sedikit garam

3. Sedikit beras
4. Sedikit gula
5. Makanan kering kesukaan anak
DOA RUQYAH 1. Al-Fatihah

2. Ayat kursi

3. Al-Hasyr : 21-24

4.Al-mu’minuun 115-118

5. Thoha : 1-5
6. Ali-Imran : 103-104
7. As-Syura : 19
8. At-Taubah : 128-129
9. Al-A’raf : 43
10. Ya-Latiff : baca sebanyaknya
11. Ya-Wadud : baca sebanyaknya

12. Doa Menghindar Syaitan

KAEDAH RUQYAHNYADibacakan  ayat-ayat pelembut ke dalam bahan-bahan makanan dan minuman di atas. Bahan-bahan tadi bisa dicampurkan ke dalam air minuman untuk seisi keluarga atau anak-anak, dicampurkan dalam periuk nasi ketika akan memasak nasi.  Semoga Allah akan melembutkan  hati anak-anak kita berkat usaha dan ikhtiar yang dilakukan. InsyaAllah.

5 thoughts on “TEKHNIK RUQYAH MENGUBAH ANAK NAKAL MENJADI BAIK

  1. Assalamu’alaikum, mas perdana ahmad salam kenal. Saya mulai mengenal antuk ketika membaca tentang kesesatan reiki. Hari ini setelah surfing mencari tentang daun bidara, ketemu blog antum.
    Komentar ana, bagus dan sangat bermanfaat. Jazakalloh atas tularan ilmunya.

Tulis komentar balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s