Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

Artikel ini bukannya hendak menuduh atau memfitnah sesiapa yang mengamalkan perubatan dan amalan tersebut sesat tetapi kerana perbuatan dan kepercayaan terhadap sesuatu perkara itu yang saya maksudkan. Berdasarkan beberapa kenyatan di laman web tersebut saya melihat perkara ini melibatkan akidah muslim dan saya sebagai seorang muslim perlu ada rasa tanggunggjawab untuk memperbetulkan amalan perubatan tersebut supaya kita tidak terjerumus kekancah syirik. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya mempersekutukan Allah (Syirik) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” [Luqman : 13]

Rasulullah SAW bersabda:

Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan (yakni menyakinkan) [H.R al-Tirmizi disahihkan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi-hadis no:2518]

Maka dari situ segala perkara yang melibatkan antara urusan tauhid dan syirik perlu kita berwaspada. Janganlah disebabkan bisikan hati kita mengatakan tidak mengapa asalkan berkesan dan bermanfaat. Itu sudah jelas termasuk perkara yang syubhat. Nabi SAW bersabda:


“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang ramai. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan”. (Riwayat Bukhari).

Pertama sekali kita perlu fahami bahawa agama islam dibangunkan atas kedudukan yang dinamakan at-taslim, yakni penyerahan diri secara total kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan ajaran yang baginda bawa antaranya larangan untuk bertasyabbuh terhadap orang-orang kafir iaitu ciri-ciri khusus orang kafir baik dari segi ritual keagamaanya, akidahnya,adat-istiadatnya dan peribadatannya atau apa sahaja yang menunjukkan ciri khas mereka maka islam melarang. Jika bukan ciri khas orang kafir dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip syariat maka ia tidak termasuk tasyabbuh.

Rasulullah SAW bersabda:

“Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menyerupai (bertasyabbuh) dengan suatu kaum, maka ia termasuk di kalangan mereka”. (Riwayat Abu Daud, no. 3512, sahih).

Maka perlulah kita berwaspada dan berhati-hati pada amalan yang bersangkut-paut dengan orang kafir: Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan ikut cara umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hatta jika mereka masuk lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikutinya.” Sahabat bertanya: Golongan Yahudi dan Nasranikah(yang kamu maksudkan)? Baginda menjawab: (Kalau tidak mereka) Siapa lagi?” (Riwayat Al-Bukari dan Muslim).

Apa yang penulis lihat berkenaan perubatan menggunakan aura seri, chakra, kuasa minda dan sewaktu dengannya ianya boleh jatuh ketahap tasyabbuh dan syirik.Ini kerana apabila amalan tasyabbuh ini melibatkan keyakinan, beberapa perkara masalah ibadah atau masalah tauhid dan akidah maka ia boleh dihukum sebagai syirik.

Mungkin kita akan berkata itu semua sudah terbukti dalam kajian saintifik yang menunjukkan keberkesanan perubatan tersebut. Memang benar tetapi kita perlu ingat sains bukanlah satu platform untuk menghalalkan segala-galanya jika ia jelas bertentangan dengan syariat islam. Contohnya teori Darwin di mana manusia berasal dari beruk maka sesiapa sahaja mempercayai teori tersebut akan rosaklah akidahnya.

Berikut adalah beberapa keterangan tentang aura seri dan kegunaannya. Untuk lebih terperinci anda boleh melihat web tersebut seperti :

  1. Dan lain-lain

Apa itu Aura Seri?

Aura Seri ialah adunan minyak aroma pati bunga-bungaan terpilih yang di pertenagakan dengan Tenaga Alam semesta, tenaga kristal, tenaga garam kristal dan tenaga bunga emas. Ia mampu membangkitkan aura anda dalam tempoh paling singkat dan mudah.

Katanya lagi: Aura Seri adalah produk yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk dalam keadaan kecemasan. Kita sebagai masyarakat Melayu mempercayai bahawa mandi bunga adalah amalan untuk mendatangkan seri wajah dan membuang malang. Berkurun-kurun dahulu masyarakat kita telah mengamalkan budaya mandi bunga. Sebagai alternatifnya, Aura Seri adalah penganti kepada amalan ini dan ianya sesuai digunakan pada masa kini.[1]

Kegunaan Aura Seri

1. Aura Seri buleh dijadikan `Pagar Rumah?

    • Sediakan campuran air dan 7 titisan aura seri ,boleh gunakan pam air semburan.
    • Ambil wudhu dan muali dengan azan@qamat
    • Mulakan di pintu sebelah kanan bacalah Al-Fatihah 3 kali , Ayat Kursi 7 kali dan semburkan ke dinding rumah dengan diiringi dengan kalimah Allahu Akbar seberapa banyak yg mungkin.
    • Elakkan semburan di pintu kerana ianya merupakan laluan malaikat dan rezeki yg keluar masuk rumah.
    • Setelah tamat masuk kembali ke pintu utama tutup kembali dengan Al-Fatihah 3 kali dan Ayat Kursi 7 kali.
    • Semoga dengan ikhtiar ini membantu utuk menjalani kehidupan yg lebih hening dan sejahtera dan jauh dari gangguan unsur jin dan syaitan yg telah berjanji menghuru-harakan manusia.Insyallah…

2. Untuk mempercepatkan jodoh…( petikan kursus dengan DR.Ibrahim )

    • Mandi dengan aura seri ikut step kat atas..
    • Niatkan agar dipermudahkan jodoh.
    • Mesti di niatkan dengan keinginan yg bersungguh-sungguh .
    • Petikan kursus DR.Ibrahim dari pengedar : “Kawan saya nih dah 3 kali putus tunang, dan saya terfikir nak bagi dia try aura seri..dan alhamdulillah selepas 3 bulan dia mendapat jodoh dia…alhamdulillah…

3. Jika dikhuatiri ada gangguan makhluk halus

    • Niatkanlah.. Mohon pd Allah : “Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redha makhluk halus berada di dalam tubuhku, sekiranya ada Ya Allah engkau musnahkanlah, hancurkanlah, jauh dan pergikanlah ganguan itu beserta dengan air yang mengalir ini…( Bayangkan sepenuh hati & minda)….InsyaAllah moga-moga usaha kita membantu dan berhasil…Munajat pd Allah…tingkatkan amalan…semoga gangguan sepsis mampu kita hindari. Lepas mandi, titik 1 titis kat tangan dan gosok2 kan dgn kedua2 belah tangan smpi tapak tgn rasa hangat skit, then baru sapu kat muka…sambil gosok tu smbil niat…

4. Lain-lain kegunaan Aura Seri

    • Anda menderita gaot ~ Anda boleh mencuba kaedah ini…ambil baldi dan diisi dengan ketul ais ( agak-agak lah) letak air dan ditambah dengan titisan aura seri kalau ada garam kristal boleh letak 1 penutup… Rendam kaki anda selama mana anda tahan.. Insya Alllah..kaki anda akan terasa lebih ringan ..
    • Demam panas ~ mandi & sapu aura seri insyaallah panas akan turun serta merta…
    • Chicken pox ~ sapu aura seri kat bdn, pasti xgatal2…
    • Kencing manis ~ sapu je kt tmpt luka insyallah xmelarat..
    • Gangguan Saka/Sihir/Santau ~ amalkan mandian aura seri + garam kristal , spray kan sudut2 rumah dengan aura seri dan letakkan campuran aura seri + garam kristal di sudut2 rumah ..insyallah khasiat yg terkandung di dalam aura seri dan garam kristal dapat mengkucar-kacirkan anasir2 negatif yg berada di dalam badan…seperti testimoni dr ibrahim yg mana seorang yg terkena santau mengamalkan mandian aura seri dan garam kristal keluar kaca2 halus dari bulu roma beliau…[2]

Hubungkait Aura Dalam Kehidupan

clip_image002

Aura adalah medan tenaga elektromagnetik yang berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yg berbentuk bujur telur. Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri (paling perlahan di bahagian bawah dan paling laju di bahagian Crown Chakra).

Medan tenaga ini (Aura) mempunyai 7 pintu tenaga yg diwakili oleh warna-warna pelangi yang berada di badan kita yang lebih dikenali sebagai Chakra. Chakra ini berbentuk seperti bunga teratai kembang. Pintu-pintu chakra ini menerima segala tenaga-tenaga positif disekeliling kita dan tenaga-tenaga inilah yg membantu kita membentuk keperibadian dan kerohaniah kita. Sekiranya pintu-pintu chakra ini tersumbat atau tertutup, maka, ada kemungkinan kita akan terjebak di dalam konflik atau masalah yang akan menjejaskan perkembangan personaliti kita. Ia akan menjadikan kita penyedih, pemendam, baran, kurang keyakinan, berfikiran negative yang menebal, pelupa, hilang fokus dan sebagainya.[3]

Apa Itu Kuasa Minda?

Kuasa Minda atau disebut sebagai tenaga dalaman dan sekarang ini lebih dikenali sebagai AURA kian popular dalam masyarakat di negara ini. Adalah penting untuk mendedahkan fungsi Kuasa Minda atau Mind Power dan tahu bagaimana mengimplementasikan tenaga dalaman ini dalam kehidupan seharian, baik dalam rumah tangga, pejabat, mahupun institusi lain yang berkaitan. Di negara-negara maju, pendedahan seumpama ini telah lama mendapat perhatian dan dianggap sebagai salah satu ilmu yang amat berkesan bagi melahirkan individu yang mantap fizikal, mental, emosional dan spiritualnya. dari itu tidak hairanlah mengapa mereka sering dikatakan sebagai masyarakat yang ke hadapan dari aspek pembangunan minda, akademik dan sebagainya. Kenapa tidak kita? [4]

Fatwa Ulamak

Berikut adalah fatwa Dar al-Ifta’ Mesir tentang YOGA. Kemungkinan boleh dikaitkan dengan amalan kuasa minda,tenaga dalaman, chakra, aura dan seumpamanya.

Bahawa pergerakan senaman semata-mata yang bermanfaat bagi tubuh atau sebahagian anggota badan, tidak salah dan tidak haram tetapi ini tidak dinamakan yoga. Bahawa apa yang disandarkan kepada nama ini (yoga) semestinya dikaitkan dengan konsep ‘guru’ (mursyid), konsep cakra (titik-titik pusat) dan konsep ‘energi’ (tenaga tertinggi), semuanya ini konsep-konsep yang berkaitan dengan keberhalaan dan kesyirikan. Adapun hanya pergerakan semata-mata maka ia tidak dinamakan dengannya (yoga). Pemaksaan seseorang untuk menamakan pergerakan-pergerakan badan ini sebagai yoga tidak harus dari segi syara’. Ia termasuk dalam bab menamakan sesuatu dengan bukan namanya yang boleh menatijahkan penghalalan atau pengharaman sesuatu, dan ia telah pun ditegah.

Rasulullah SAW bersabda: ”Akan ada manusia di kalangan umatku yang meminum arak yang mereka gelarkan bukan dengan namanya”. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Malik al- Asy’ari r.a. Dalam riwayat al-Darimi daripada ’Aisyah r.a.h. menyebut: ”Mereka menamakannya dengan selain namanya lalu menghalalkannya (arak)”.[5]

Fatwa from Dr. Abdullah Al-Faqih, Supervisor of Fatwa Center at Islamicweb.com, states about the energy therapy.

Question:

Dear scholars, As-Salamu `alaykum. A TV program hosted a specialist in the field of energy therapy. In the program, the specialist said that energy therapy is a Japanese exercise called (Reiki Jin-Kei-Do). According to her, it is not a new science, as it is practiced in Islam under the name of ruqyah, which can be considered a variety of energy therapy. The concept of energy therapy revolves around treating the electromagnetic field of the body. She also gave the address of a Web site that gives more information on this. How do you view this type of treatment? And what is the Islamic ruling on it? Jazakum Allah khayran.

Answer:

 

Wa `alaykum As-Salamu wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Dear sister in Islam, we would like to thank you for the great confidence you place in us, and we implore Allah Almighty to help us serve His cause and render our work for His sake.
Generally speaking, energy therapy involves two different branches. The first is offered in special hospitals with certain methods that are free of polytheist rituals and phrases. There is no harm, as far Islam concerned, in practicing and undergoing this type of therapy.

The other branch, however, includes prohibited practices. The type mentioned in the question belongs to this prohibited branch of energy therapy since it is composed of Buddhist rituals. The advocates of this kind of therapy try to deceive people by claiming that it is merely another form of Islamic ruqyah. This is a big lie. Islamic ruqyah depends only on the noble verses of the Qur’an and the authentic hadiths of the Prophet (peace and blessings be upon him).

In his response to your question,Dr. Abdullah Al-Faqih, Supervisor of Fatwa Center at Islamicweb.com, states:

The energy therapy mentioned in the question is definitely prohibited. Such kind of therapy is no more than polytheist rituals which are performed in East Asia. As the questioner said, it is a Japanese practice called Reiki Jin-Kei-Do.

Visiting the Healing Touch Web site, one realizes that it propagates Buddhism, a polytheist religion based on worshiping others than Allah. The site admits that one who seeks this kind of therapy must be a Buddhist to attain the highest level of benefit. If one wants to make use of this kind of therapy, one should swear allegiance to Buddha and his teachings. The apparent minor details of this therapy are available and attainable, but the principal facts and details are available only for Buddhists.

According to the Web site, this kind of therapy involves daily tasks that include practicing yoga exercises, reading Buddhist books, and repeating the oath of allegiance. Such acts, in fact, are kufr (disbelief in Allah), which must be denounced and rejected no matter what title or name they come under. The world today witnesses a wave of calls for Buddhism, especially in the areas of medication and sports. Thus, Muslims must be on the alert.

To claim that such therapy is known in Islam under the name of ruqyah is brazen lying. In Islam, ruqyah means reciting parts of the Qur’an or some supplications mentioned by the Prophet (peace and blessings be upon him). They are based on belief in the Oneness of Allah, not in Buddha and his teachings. This fact draws a demarcation line between monotheism and polytheism, belief and disbelief.

So, we warn Muslims against such programs and new polytheist calls that corrupt the faith and damage Muslims creeds.[6]

Komen Penulis

7 Chakra dalam tubuh manusia yang menjadi ritual amalan Hindu boleh dilihat di wikipedia. Ianya jelas menyerupai amalan khusus Hindu. Aura dan Chakra juga telah dilakukan di Negara seperti Amerika dan Eropah. Cuma bezanya masyarakat islam di Malaysia hanya memasukkan selawat, membaca bismillah dan pelbagai lagi bacaan supaya kelihatan menyerupai ajaran agama islam.

clip_image004

Illustration of a yogi showing the seven chakras, Kangra school. Late 18th century A.D.

Lihat link dibawah:

Hindu http://en.wikipedia.org/wiki/Chakra#The_Seven_basic_chakras%C2%A0

http://www.geocities.com/Athens/Olympus/6581/quantumchakras.html

Melayu http://auraseri.blogdrive.com

Jika kita lihat artikel diatas berkenaan “Kegunaan Aura Seri” ia menyatakan salah satunya ialah dapat mempercepatkan jodoh,pagar rumah dan lani-lain Perlu dijelaskan hal mendapat jodoh pada masa hadapan adalah termasuk satu perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia melainkan hanya Allah SWT sahaja. Itu merupakan satu peramalan yang dilarang dalam islam. Allah s.w.t berfirman:

“dan katakanlah hai Muhammad kepada umatmu, bahawia tiada siapa di langit mahupun di bumi yang mengetahui perkara Ghaib kecuali Allah” [An-Naml ayat 65]

Sama juga dengan kenyataan berkenaan “Apa itu Aura Seri? menyatakan bahawa:

Masyarakat Melayu mempercayai Mandi bunga adalah amalan untuk mendatangkan seri wajah dan membuang malang. Berkurun-kurun dahulu masyarakat kita telah mengamalkan budaya mandi bunga. Sebagai alternatifnya, Aura Seri adalah penganti kepada amalan ini dan ianya sesuai digunakan pada masa kini.

Walaupun wujudnya kejadian saintifik tersebut tetapi sudah jelas bahawa rawatan mandi bunga itu berasal dari orang hindu yang mempercayai aliran tenaga yang boleh berpindah dari bunga serta warna bunga dan ajaran ini memang selari dengan aura dan chakra.Ini kerana semua perbuatan orang kafir pada dasarnya adalah kesesatan walaupun anda melihat perkara itu menakjubkan tetapi perbuatan orang kafir baik akidahnya,adat-istiadatnya, atau amalan khasnya adalah sesat. Firman Allah s.w.t:

“Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan”[Al Furqaan: 23]

Apa yang penulis ketahui sesetengah masyarakat melayu dahulu mempercayai untuk memajukan perniagaan, mengeratkan hubungan suami isteri, mempercepatkan jodoh, menghilangkan penyakit dan pelbagai lagi mereka akan berjumpa dengan bomoh dan bomoh atau pengunjung tersebut akan dibawakan bunga-bungaan dan asam limau untuk dijampi oleh bomoh tersebut. Maka ini tidak jauh bezanya dengan mandi aura seri yang juga dapat mempercepatkan jodoh, memajukan perniagaan, menghalau gangguan unsur-unsur asing dan pelbagai lagi yang lebih mirip konsepnya dengan bomoh tersebut.

Kepercayaan menggunakan Aura Seri itu lebih kurang hasil kepercayaan penganut Hinduisme yang mempercayai dengan mandi bunga dapat menghalau makluk halus,mempercayai bahawa bau yang harum dari bunga dapat mengusir pengaruh kejahatan dan menarik pengaruh kebaikan pada diri pelakunya dan pelbagai lagi kepercayaan yang mirip dengan mandi aura tersebut.

Mandi aura seri ini juga seolah-olah mandi untuk menolak malang atau bala sama juga dengan mandi bunga yang bezanya ianya dimodenkan dan kelihatan menakjubkan dengan pembuktian kajian-kajian saintifik.

Akhirnya, amalan Mandi Aura Seri ini diberikan solekan berupa bid‘ah agar ia dapat menampilkan wajah ‘Islam’. Mandi aura ini cuba dirasionalkan sebagai perbuatan yang ‘Islamik’ sebagaimana mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnah hari jumaat, mandi sunnah Hari Raya, dan mandi-mandi lain yang telah disyari’atkan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ditambah pula dengan bacaan selawat yang tidak terdapat pada mana-mana mandi yang disunnah oleh Nabi SAW dengan disertai niat supaya dapat mangubah seseorang itu kepada beberapa kebaikan yang pasti memberikan keistimewaan yang ada pada khasiat aura seri tersebut.

Islam mengajar penganutnya bahawa tidak ada sial atau tuah pada masa-masa tertentu, serta tidak akan ada pula manfaat, mudarat dan karut-marut berkaitan dengan amalan tertentu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, yang maksudnya:

“Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada larangan atau pantang pada bulan Safar dan tidak ada kecelakaan yang ditandai oleh suara burung malam.”[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5278 (Kitab al-Tibb)]

Malah, kepercayaan dalam amalan Mandi Aura ini juga boleh merosakkan keimanan seseorang itu terhadap Qada’ dan Qadar Allah Subhanahu wa Ta’ala [7] Lihat sajalah kepercayaan ini boleh wujud apabila berlaku musibah sahaja maka golongan mandi aura kemungkinan akan wujud kepercayaan bahawa apabila ditimpa penyakit atau masalah adalah disebabkan aura dan chakra mereka bukannya disebabkan dosa mereka yang pernah mereka lakukan. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri”[Asy Syuura:30]

Berkenaan dengan Kuasa Minda atau disebut sebagai tenaga dalaman dan sekarang ini lebih dikenali sebagai AURA. Jika kita lihat diweb tersebut [8]. Antara kursus yang ditawarkan:

  • Kursus Pernafasan Aura
  • Membangkitkan tenaga dalam @ Inner Power
  • Penggunaan Minda @ Mind Power
  • Perubatan Aura
  • REIKI
  • Color Healing
  • Kecemerlangan Minda
  • Pengembaraan dengan Minda @ Mind Journey

Apabila dikaitkan dengan aura, chakra mesti ada amalan rawatan Reiki yang terdapat didalam beberapa web aura. Apa itu Reiki? Lihat link tersebut:

Jika lihat sejarah REIKI ianya diasaskan oleh Dr. Mikao Usui.[9] dan Reiki dan Reiki Jin-Kei-Do lebih kurang sama [10]. Ianya ada berkaitan dengan aura,chakra dan tenaga dalaman.Semuanya serupa dengan konsep amalan perubatan aura di Malaysia. Dan untuk pengetahuan Reiki Jin-Kei-Do ini sudah diharamkan oleh Dr. Abdullah Al-Faqih [11]

Jikalau didalam agama Islam diajarkan bahawa kuasa penyembuhan adalah semata-mata milik Allah kini ajaran aura chakra kuasa minda mengajarkan ilmu yang bertentangan sama sekali iaitu tenaga, chakra, aura dan sebagainya mempunyai kuasa penyembuhan. Amalan ini atau manusia seperti dinyatakan dalam petikan berikut sudah naik tingkat menjadi Tuhan yang boleh menyembuh diri sendiri, orang lain atau melaui jarak jauh, Masya-Allah. Lihatlah: [12]

Setiap orang mempunyai kuasa untuk melakukan penyembuhan. Kuasa penyembuhan orang awam adalah kecil manakala kuasa pengamal penyembuhan professional adalah besar. Secara tidak langsung dan tidak sedar, kita selama ini telah pun menggunakan kuasa ini. Setelah kita jatuh atau cedera kita akan secara tidak sedar akan mengusap-usap tempat sakit dengan tangan. Walaupun tidak pulih sepenuhnya, sakit kita akan berkurangan. Seorang ibu akan mengusap-usap anaknya, apabila anaknya menangis atau sakit. Biasanya tangisan anaknya akan berkurangan.

Pakar-pakar penyembuhan dalam kaedah reiki, taici, qi qong dan penyembuhan prana mempercayai bahawa kita mampu menyalurkan tenaga penyembuhan dari diri kita atau alam semesta. Tenaga itu dikenali sebagai ki, chi, qi, prana, orgone, ruach, tenaga dalam, dan universal life force.

Anda juga mempunyai kebolehan ini dan kebolehan ini boleh di latih dan dipertingkatkan.

Anda akan di ajar penyembuhan:

  • Penyembuhan Diri Sendiri
  • Penyembuhan Orang Lain
  • Penyembuhan Jarak Jauh

Sila rujuk laman ini di http://duniadinar.tripod.com/promomindpower.htm

Untuk lebih terperinci tentang tenaga dalaman boleh lihat di web Anugerah Agung [13]. Ilmu tenaga dalam yang boleh menjadi seseorang itu menjadi kebal. Lihat kenyataan yang diberikan oleh seorang testimonial:

  • Dimandikan dengan minyak panas mendidih(minyak saya beli sendiri)
  • Dipukul dengan batang besi sampai bengkok.
  • Badan menjadi jambatan iaitu orang lain boleh berdiri di atas perut saya.
  • Test kebal iaitu dicucuk dengan jarum di lengan.
  • Mengeraskan telur menjadi seperti batu. Diuji seorang untuk memecahkannya.
  • Mengkebalkan mentol lampu yang mudah pecah,iaitu mentol tidak pecah walaupun jatuh di atas lantai simen.
  • Dibakar dengan api yang besar menyala pada lengan.
  • Jarum menembus kulit seperti dijahit.
  • Menidurkan orang(pukau)
  • Disiram dengan air panas mendidih.
  • Mengupas kelapa muda yang masih hijau dengan gigi.
  • Makan kaca dengan mudahnya. Telan lagi tu.
  • Tangan saya melekat seperti gam dan tidak dapat dicabut oleh sesiapa pun. Tanpa trick / penipuan kerana saya hanya menggabungkan 2 tapak tangan,bukannya menggenggam erat jari-jemari.
  • Memecahkan bahagian bawah botol kaca.
  • Diuji elektrik pada tubuh badan.
  • Lidah dicap dengan besi panas membara.
  • Boleh memanggil masuk ilmu silat daripada orang dulu-dulu seperti Hang Tuah dsbnya.
  • Tulang rusuk ditumbuk dan dihentak dengan sekuat tenaga(tahan benturan dan pukulan)

Bukankah ini semua adalah amalan syirik walaupun kenyataan mereka bahawa mereka tidak menggunakan jin untuk melakukan perkara tersebut. Lihat sajalah semuanya tidak lari dengan konsep aura, chakra dan tenaga dalaman.

Berkenaan ilmu kebal boleh lihat jawapan yang diberikan oleh ustaz Ahmad Sarwat, Lc. :

Click link dibawah:

Lihat saja ketika kaum Hindu menyambut hari Thaipusam mereka juga boleh jadi kebal seperti mana yang dilakukan testimonial tersebut. Bagaimana mereka boleh kebal?Adakah menggunakan jin atau tenaga dalam?

Pergantungan kita sepatutnya kepada Allah s.w.t bukannya dengan tenaga dalam. Manusia akan lebih mudah Syirik apabila merasa dirinya telah mampu melakukan segala-galanya. Hal ini seperti yang ditegaskan Allah dalam firmanNya:

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas apabila menganggap dirinya telah mampu. [Al ‘Alaq 6-7]

Seseorang manusia tidak dapat boleh mendatangkan manfaat dan menolak mudarat pada dirinya sendiri dan orang lain.Tetapi ilmu tenaga dalam ini kehebatannya kita mampu membawa pelbagai manfaat dan dapat menolak mudarat dengan hanya mempelajari ilmu tenaga dalaman malah dapat mengetahu perkara ghaib. Ini jelas bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al A’raaf: 188 yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.”

Untuk membuktikannuya lagi boleh lihat diweb Anugerah Agung dan anda boleh melihat beberapa lagi manfaat dengan mempelajari ilmu tersebut. Lihat Link di bawah:

Kelebihan ilmu Tenaga Dalam Makrifat Haqqul Yakin Anugerah Agung ini sebenarnya terlalu banyak, diantaranya ialah:[14]

  • Menundukkan hati/perasaan orang / rakan / isteri / lawan bisnes / kekasih (lelaki / wanita) hingga menuruti kita.
  • Membuka sumbatan pintu kerezekian,melancarkan usaha & penagihan hutang.
  • Menyembuhkan penyakit: Lumpuh, hemiplegia (mati sebelah),Parkinson,Sroke, dan gangguan Jantung.
  • Keselamatan dari sengatan elektrik dan Sambaran petir, mampu memadamkan elektrik dan mematikan Mesin Kenderaan Bermotor.
  • Pukulan berbahaya (memengsankan / KO) dan mematikan dengan pukulan tangan kosong tanpa harus latihan berat dan bertahun-tahun,memengsankan dan melumpuhkan lawan,menjatuhkan.
  • Melihat tanpa mata zahir-Mampu melihat tembus tanpa batas, mengetahui sebelum terjadi.
  • Membaca fikiran orang lain- Bukan setakat membaca fikiran orang bahkan dapat mengirimkan fikiran kita kepada orang yang lain sehingga beribu-ribu kilometer jaraknya
  • Kebolehan membaca & memahami isyarat, petunjuk dan bahasa alam mengenai perkara baik atau bencana yang bakal menimpa ke atas diri, keluarga dan masyarakat.
  • Dan lain-lain

Ini tidak lain adalah syirik. Pengetahuan tentang ilmu ghaib tidak boleh diketahui oleh sesiapapun melainkan hanya Allah. Allah s.w.t hanya akan memberitahu perkara ghaib melainkan kepada Rasul yang terpilih bukannya kepada manusia biasa seperti kita. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermakud:

(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya. [Al Jin 26-27]

Maka untuk mengelakkan anda tidak terjerumus kekancah syirik sebaiknya ditinggalkan terus perubatan dan amalan tersebut. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang ramai. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan”. (Riwayat Bukhari).

Muhammad Fakhruddin Ismail

_______________________________________________________________

Rujukan:

  1. http://anugerahagung.com/index.php?option=com_content&task=view&id=6&Itemid=97