Selain membaca doa diatas berulangkali dengan tangan menempel diperut, disunnahkan meminum madu (yang sudah diruqyah dengan alfatihah) untuk sakit perut (apapun jenis penyakitnya)

Sebagaimana Hadits Rasulullah : Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: Saudaraku terasa mual-mual perutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berilah beliau [minum] madu! Setelah lelaki itu memberikan madu kepada saudaranya, beliau datang lagi kepada Nabi s.a.w. dan menyatakan: Aku telah memberinya [minum] madu, tetapi perut beliau bertambah memulas. Kejadian itu berulang sehingga tiga kali. Pada kali yang keempat, Rasulullah s.a.w. bersabda: Berilah beliau [minum] madu! Lelaki tersebut masih lagi menyatakan: Aku benar-benar telah memberinya [minum] madu, tetapi perut beliau bertambah mulas. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Maha benar Allah yang telah berfirman: Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalam minuman itu terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Oleh sebab itu, mungkin ada yang tidak sesuai dengan perut saudaramu itu. Akhirnya Rasulullah s.a.w. sendiri yang memberikan minum madu, dan sembuhlah saudara lelaki itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

SOURCE:

http://ustazhanafi.blogspot.com (BLOG SEORANG USTADZ  PERUQYAH) disertai penyempurnaan dan penjelasan dari admin